SATU lagi kejadian lubang benam dikesan di laluan masuk Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Rabu. Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR), lubang itu dianggarkan berkedalaman satu meter, dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter. Dalam kenyataan pada Rabu, JKR memaklumkan jalan di sekitar lubang itu masih boleh digunakan, namun lokasi kejadian sudah ditutup. Tambah JKR, terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA berada berdekatan kawasan pembentukan lubang benam itu. Malah, JKR turut mengesyaki kebocoran paip lurang kumbahan itu menjadi punca berlakunya lubang benam berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: 10 kawasan berisiko sinkhole berdasarkan kajian... Kampung Baru, Ampang dan Bukit Jalil turut tersenarai "JKR juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB. "Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB," menurut kenyataan itu. Tambah JKR, punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Foto kejadian itu turut tular di media sosial. Pada 23 Ogos lalu, seorang pelancong dari India hilang selepas terjatuh dalam lubang benam berhampiran Masjid India, Kuala Lumpur. Mangsa masih belum dijumpai sehingga ke hari ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube