suria

12 syarikat berkaitan GISBH dikenakan kompaun RM4.4 juta - KPDN

Armizan (tengah) pada program TikTok Shop Seller Summit 2024.

KOMPAUN berjumlah RM4.4 juta dikeluarkan terhadap 12 syarikat yang berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mengenakan kompaun tersebut kepada syarikat-syarikat berkenaan, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pengeluaran kompaun itu berikutan siasatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati kesemua syarikat tidak mematuhi tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan masing-masing.

Menurutnya, selain GISBH, terdapat 17 syarikat lain menggunakan nama GISB dalam pendaftaran SSM.

"Pada masa sama, semakan data dan laman sesawang berkaitan GISB atau 'Ikhwan' pula mendapati sebanyak 201 perniagaan boleh dikaitkan dengan GISB.

"Antara tanggungjawab syarikat setiap tahun ialah perlu mengemukakan penyata kewangan mereka yang telah diaudit.

"Siasatan SSM mendapati 12 syarikat ini tidak patuh dengan tanggungjawab menyerahkan penyata tahunan dan penyata kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program TikTok Shop Seller Summit 2024, pada Khamis.

Dalam pada itu, Armizan memberitahu, KPDN juga sedia membantu pihak polis dari segi perundangan khususnya berkaitan akta yang membabitkan rangkaian perniagaan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain