suria

Kes belasah isteri guna seterika, lelaki didakwa di mahkamah

Seorang lelaki didakwa pukul isteri menggunakan seterika. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Bharu pada Khamis kerana didakwa mencederakan isterinya menggunakan seterika.

Tertuduh yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Mohd Nurhakiman Mohd Nasir, dengan sengaja mencederakan isteri dengan menggunakan seterika di sebuah rumah di Kampung Rambutan Rendang di Kota Bharu, dalam kejadian pada pagi 23 September lalu.

Pendakwaan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 326A, ia memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan jaminan berikutan tertuduh masih suami kepada mangsa dan mereka tinggal dalam satu rumah.

Mahkamah menetapkan 29 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes bagi latikan peguam dan serahan dokumen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain