suria

Padah merotan dan dera kanak-kanak, penjaga rumah GISBH dipenjara 10 tahun

Tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibuat terhadapnya.

SEORANG lelaki berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana mendera beberapa budak di bawah jagaannya.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Muhammad Barur Rahim Hisam mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Muhammad Barur merupakan penjaga rumah kanak-kanak yang diuruskan oleh Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dituduh menggunakan rotan dan bentuk pencerobohan lain untuk mendera kanak-kanak lelaki terbabit.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berasingan yang mana Muhammad Barur perlu menjalani keseluruhannya selama 10 tahun.

Mengikut fakta kes Muhd ​​Barur telah mendera tiga kanak-kanak lelaki berusia antara 10 dan 12 tahun.

Penghakiman itu diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen Noridah Adam.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seorang lelaki akan didakwa di mahkamah Sesyen Klang pada Khamis kerana didakwa mendera kanak-kanak di salah sebuah rumah jagaan yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Suspek didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, polis memulakan siasatan berhubung video yang menunjukkan seorang kanak-kanak didera.

Polis berjaya mengesan budak lelaki itu, yang merupakan antara 572 kanak-kanak yang diselamatkan semasa Ops Global sejak 11 September.

Budak itu juga merupakan salah seorang anak yang telah berpisah dengan bapanya sejak 2021.

Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain