suria

GISBH: Tujuh individu disambung reman 5 hari

Razarudin mengulas mengenai perkembangan berkaitan dengan GISBH. -Gambar fail

SERAMAI tujuh individu yang ditahan berhubung siasatan membabitkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) disambung reman selama lima hari, kata Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua Polis Negara berkata, kesemua suspek direman mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

"Tempoh reman mereka dilanjutkan selama lima hari bermula 27 September sehingga 1 Oktober," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kejar akhirat, nak jadi tentera Imam Mahdi” - Bekas pengikut dedah kehidupan pelik dan sesat dalam GISBH, terlalu taasub pemimpin

ARTIKEL BERKAITAN: Kes GISBH: Anak bekas pemimpin Al-Arqam antara 7 ditahan

Razarudin berkata, polis turut menerima 10 laporan polis berhubung dakwaan pekerja GISBH tidak dibayar gaji.

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli atau pengikut GISBH untuk tampil membuat laporan ke balai polis bagi membantu polis menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap organisasi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain