suria

Bukan sekadar bayar bil tepat pada masanya, lindungi alam sekitar tanggungjawab bersama

Pelanggan membayar bil pada masanya membawa kepada perkhidmatan lebih cekap.

MEMBAYAR bil merupakan antara tanggungjawab asas semua pengguna. Ini termasuklah untuk semua jenis perkhidmatan, terutamanya perkhidmatan utiliti seperti air, internet, elektrik dan pembetungan.

Apabila bil dibayar pada waktunya, ia dapat membantu syarikat perkhidmatan berkenaan untuk memastikan perkhidmatan mereka berjalan lancar dan menambah baik operasi mereka. Penyedia perkhidmatan dapat melakukan tugasan mereka dengan lebih cekap apabila pelanggan memenuhi kewajipan kewangan mereka.

Sebagai pelanggan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk menyedari bahawa kualiti perkhidmatan yang diterima berkait rapat dengan pembayaran bil yang tepat pada masanya. Dengan memastikan bil dibayar pada masanya, penyedia perkhidmatan dapat melabur dalam peralatan, kemudahan dan kakitangan yang lebih baik, sekali gus membawa kepada perkhidmatan yang lebih cekap.

Penyelenggaraan dan penambahbaikan berkala dapat dilaksanakan jika penyedia perkhidmatan mempunyai dana yang mencukupi, daripada sumber pembayaran bil oleh pelanggan mereka.

Mengapa perkhidmatan kumbahan diperlukan?

Semasa acara renang triatlon Sukan Olimpik Paris baru-baru ini, ia menjadi perhatian dunia apabila media melaporkan bahawa Sungai Seine sangat tercemar dengan bakteria E.Coli. Walaupun terdapat usaha pembersihan, kebimbangan terhadap kualiti air di sungai berkenaan tidak dapat disangkal.

Ini menunjukkan betapa pentingnya rawatan air sisa kumbahan untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar serta mengukuhkan peranan syarikat seperti syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd dalam memastikan sistem pembetungan terus cekap.

Sejak mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada pihak berkuasa tempatan pada 1994, IWK memastikan air kumbahan dirawat dengan baik sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Sistem pembetungan yang moden dan cekap adalah penting bagi negara untuk memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan menyediakan persekitaran yang bersih dan selamat.

Rawatan air sisa kumbahan penting untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar.

Rawatan air sisa kumbahan penting untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar.

Perkhidmatan yang disediakan oleh IWK boleh dikaitkan dengan pepatah, “Out of sight, out of mind", yang bermaksud “di luar pandangan, oleh itu tidak terlintas di fikiran”. Kebanyakan pengguna mungkin jarang melihat operasi penyelenggaraan sistem pembetungan tetapi menerima manfaat daripadanya. Ini kerana, setiap hari, pengguna dapat terus menggunakan tandas atau mencuci pinggan dan baju, dan air kotor tersebut akan mengalir dan dirawat oleh IWK.

Syarikat pembetungan ini menyelenggara kira-kira 8,874 loji rawatan kumbahan (LRK) dan stesen pam rangkaian. Malah, IWK juga menyelenggara kira-kira 22,000 kilometer (km) rangkaian saluran paip pembetungan yang bersamaan dengan penggunaan lebih 29 juta penduduk setara.

Memahami sistem dan perkhidmatan pembetungan

Malaysia mempunyai dua jenis sistem pembetungan utama, iaitu sistem pembetungan bersambung dan sistem pembetungan tradisional, termasuk tangki septik individu (IST) atau tangki septik komunal (CST).

Sistem pembetungan bersambung, yang lazim diguna pakai, melibatkan pengaliran kumbahan melalui rangkaian saluran paip pembetungan ke LRK sebelum dilepaskan dengan selamat ke saluran air. Sebaliknya, tangki septik beroperasi sebagai sistem pembetungan tidak bersambung yang digunakan oleh premis untuk menyimpan kumbahan dan enap cemar secara sementara.

Bekerja dalam industri pembetungan bukan untuk mereka yang lemah semangat. Ini kerana rutin harian mereka terpaksa berhadapan dengan situasi sukar, kotor dan berbahaya atau biasanya dirujuk sebagai kerja-kerja 3D.

Malah, berhadapan dengan persekitaran berbahaya seperti ruang terkurung yang mendedahkan IWK kepada risiko yang tinggi. Pengendalian sistem pembetungan yang kompleks dan jentera yang rumit meningkatkan lagi risiko kecederaan atau kemalangan maut.

Berdasarkan hakikat inilah, adalah penting bagi IWK untuk memastikan bahawa pelanggannya dapat membayar bil pembetungan pada masanya dan menyelesaikan sebarang jumlah tertunggak. Namun, bagi pelanggan yang mungkin sedang menghadapi masalah kewangan, boleh berunding dengan IWK mengenai tunggakan mereka, di mana bayaran ansuran dapat membantu menguruskan hutang mereka.

Di samping itu, IWK turut menawarkan bantuan rebat dan program eKasih kepada mereka yang kurang berkemampuan. Program rebat membantu mengurangkan kos bil perkhidmatan pembetungan untuk pelanggan domestik, terutamanya golongan berpendapatan rendah telah bermula sejak Oktober 2022.

Sehingga Disember 2023, IWK menawarkan sejumlah RM183,000 rebat kepada pelanggan yang tergolong dalam program eKasih.

Bekerja dalam industri pembetungan berhadapan dengan situasi sukar, kotor dan berbahaya.

Bekerja dalam industri pembetungan berhadapan dengan situasi sukar, kotor dan berbahaya.

Keutamaan IWK adalah memastikan pelanggan sentiasa mendapat kualiti perkhidmatan yang terbaik. Syarikat ini amat menghargai pelanggan yang sentiasa membayar bil mereka, kerana ia membolehkan IWK terus beroperasi dengan cekap.

Ini dapat dilihat dengan kadar bayaran bil IWK bagi 2023 melebihi 90 peratus. Ini menunjukkan bahawa pelanggan IWK memahami kepentingan pembayaran bil dan menghargai perkhidmatan kritikal yang disediakan oleh IWK.

Syarikat amat berterima kasih atas sokongan ini dan selepas tiga dekad beroperasi. IWK akan terus komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat dapat terpelihara, di samping kelestarian alam sekitar yang terjamin, dengan menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap.

Untuk IWK untuk terus bergerak ke hadapan, kerjasama syarikat dengan orang awam adalah penting. Dengan memahami tanggungjawab bersama dalam mengekalkan persekitaran yang bersih dan mampan, IWK akan terus menyumbang secara kolektif kepada kesejahteraan ekosistem dan kesihatan masyarakat.

Cara bayar bil IWK dan tukar kepada e-Bil bagi mendapat rebat RM2

1. Imbas kod QR pada bil anda.

2. Isikan butiran.

3. Sahkan e-mel dan no telefon.

Dengan mendaftar e-Bil, ia bukan hanya dapat memudahkan proses penerimaan dan pembayaran bil, tetapi juga menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web IWK di www.iwk.com.my.

Artikel Berikut

Artikel Lain