suria

Pesara wanita terjebak Macau Scam kerugian lebih 600k, sindiket ‘ambil’ barang kemas di rumah

Mangsa terpedaya selepas dimaklumkan tentang penglibatan kes jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita warga emas kerugian lebih RM600,000 selepas terjebak dalam penipuan Macau.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, wanita berusia 72 tahun itu membuat laporan berhubung kejadian itu pada Jumaat selepas mendapati dirinya ditipu.

Menurut beliau, pada 20 September lalu, mangsa yang merupakan seorang pesara telah dihubungi oleh sindiket yang mendakwa nombor telefonnya telah digunakan dalam jenayah siber.

Dia kemudian diminta memohon perlindungan data peribadi serta perlindungan dana sebelum panggilan disambungkan kepada pihak 'polis' yang seterusnya mengesahkan penglibatan mangsa dalam pengubahan wang haram.

"Bagi tujuan siasatan, mangsa diarah mengumpulkan kesemua wang simpanannya ke dalam satu akaun bank. Maklumat perbankan itu kemudiannya perlu diserahkan kepada 'polis' berkenaan.

"Pada masa sama dia juga diminta untuk menyerahkan barang kemas serta gold bar kepada individu yang akan datang mengambil barangan tersebut di rumahnya.

"Secara keseluruhan, mangsa mengalami kerugian wang tunai, barang kemas, dinar emas dan gold bar bernilai RM670,994," jelas beliau.

Tambah Ramli, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain