suria

Tragis! Lelaki temui ajal, kereta terbabas rempuh treler

Kemalangan ngeri di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

SEORANG lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler di Kilometer 12 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Zakaria Abdullah, 39, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Razman Setapa berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 9.57 pagi.

Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu treler yang berusia 44 tahun tidak sempat mengelak dan seterusnya merempuh kereta terbabit

"Pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada, manggsa meninggal dunia di tempat kejadian," ujarnya.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain