suria

Treler terbakar sepenuhnya... Tiga maut kemalangan babit 7 kenderaan di Lebuhraya KL - Karak

Anggota bomba memadam api pada sebuah treler yang terbabit dalam kemalangan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, awal pagi Isnin.- Foto JBPM

TIGA maut manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, awal pagi Isnin.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas yang berlaku dekat Bentong itu pada pukul 4.13 pagi.

Tambahnya, nahas itu melibatkan empat kereta, dua treler dan sebuah lori tiga tan.

"Tiga lelaki yang maut dikenali sebagai Mohd Ridzuan Zulkafly, 40; Muhamad Zaimi Sharif, 39, dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23," katanya.

Sementara itu, lima mangsa yang cedera termasuk tiga mengalami kecederaan parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, kemalangan itu juga menyebabkan sebuah treler terbakar sepenuhnya.

Tambahnya, punca kemalangan masih dalam siasatan. -Sinar Harian

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain