SELEPAS pendedahan mengejutkan daripada usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Jofliam, mengenai rumah tangganya, terbaharu isterinya, yang dikenali sebagai Cik Epal pula bersuara. Menerusi satu hantaran di Instagram pada pagi Selasa, Cik Epal berkata dia memilih untuk tidak mendedahkan perkara berkaitan rumah tangganya untuk tatapan umum di media sosial. "Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan," tulisnya. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata, dia juga enggan mengeruhkan keadaan kerana menghormati lelaki berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Status hubungan dengan Cik Epal cetus tanda tanya, Jofliam dakwa difitnah curang - “Saya bukan lagi suami sesiapa” "Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki. "Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang," tulisnya lagi. Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki. CIK EPAL Beserta hantaran berkenaan, Cik Epal memuat naik sekeping gambar cahaya matanya, Han dan Yuki, dengan diiringi lagu Ku Mohon, nyanyian semula oleh penyanyi Indonesia, Afghan. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya khususnya pengikut Cik Epal mendoakan agar wanita berkenaan diberikan kekuatan untuk menempuhi ujian yang melanda rumah tangganya. Kisah rumah tangga Cik Epal dengan Jofliam menjadi tumpuan warga maya susulan pendedahan usahawan berkenaan di laman sosial. Terdahulu pada Isnin, Jofliam menerusi beberapa hantaran di Instagram Story mendakwa rumah tangganya bersama Cik Epal sudah menemui titik noktah. Jofliam membuat pendedahan mengejutkan mengenai statusnya yang kini 'bukan lagi suami' kepada Cik Epal. Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata pergolakan rumah tangganya berlarutan sejak sekitar empat bulan lalu dan mendakwa difitnah berlaku curang dengan pembantu peribadi yang dikenali sebagai Dewi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube