suria

Dua kanak-kanak bawah umur didakwa perkosa budak perempuan secara berkumpulan dalam kebun

Merogol adalah satu kesalahan jenayah tidak kira peringkat umur. -Gambar hiasan

DUA kanak-kanak lelaki bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Tawau di Sabah pada Khamis atas pertuduhan merogol budak perempuan secara berkumpulan, minggu lalu.

Mereka yang masing-masing berusia 13 dan 14 tahun didakwa di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau, Mohd Afiz Huzairi Ayob, mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan.

Suspek juga bakal didakwa di bawah Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kedua-dua didakwa merogol budak perempuan berumur 12 tahun di sebuah kebun di belakang rumah tidak bernombor di daerah Tawau, kira-kira pukul 9.40 malam 26 September lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-kedua tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya, Batrisyia Mohd Khusri kemudian tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes di hadapan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain