SEBUAH gerai popular menjual popia basah di Jalan Munshi Abdullah, Melaka dtutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) susulan tahap kebersihan melibatkan proses penyediaan makanan yang kurang memuaskan. Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata najis tikus turut ditemukan di dalam premis ketika pemeriksaan. Gerai terbabit diarah tutup selama 14 hari selepas operasi pemeriksaan dilakukan oleh anggota penguatkuasa pada Jumaat. "Operasi pemeriksaan ini turut melibatkan 24 premis menjual makanan yang lain. "Selain premis popia itu, terdapat dua lagi peniaga makanan yang diarahkan tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. "Premis popia berkenaan melanggar beberapa piawaian kesihatan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 serta gagal mematuhi amalan pengendalian makanan yang selamat," ujarnya. Sebanyak 55 notis kompaun berjumlah RM16,000 dikeluarkan ketika operasi itu dijalankan. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube