suria

Syed Saddiq jatuh basikal, langgar pokok tumbang di Ironman Langkawi

Syed Saddiq dilaporkan mengalami cedera ringan kerana terlanggar pokok tumbang ketika menyertai Ironman Malaysia di Langkawi, pada Sabtu. -Foto media sosial

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman cedera ringan apabila basikal yang ditungganginya ketika menyertai Ironman Malaysia di Langkawi, Kedah terjatuh selepas terlanggar dahan pokok tumbang pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Syed Saddiq sedang beraksi dalam disiplin berbasikal sempena kejohanan peringkat antarabangsa berkenaan.

Difahamkan ahli politik berusia 31 tahun itu masih dapat berkayuh menuju pusat pemeriksaan akhir sebelum beliau dipercayai terus beraksi untuk acara berikutnya iaitu larian.

Sebagai rekod, Ironman Malaysia membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain