suria

Penduduk diarah pindah, kawasan tanah runtuh di Taman Melawati diklasifikasi berisiko

Foto kejadian tanah runtuh yang tular di media sosial.

KAWASAN tanah runtuh berhampiran Jalan E6, Taman Melawati, Ampang, diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi.

Susulan itu, pihak berkuasa mengarahkan pemindahan segera penduduk berdekatan, lapor portal bahasa Melayu Astro Awani.

Pihak berkuasa, termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mengarahkan kira-kira 300 penduduk di 18 rumah di Jalan E6 untuk meninggalkan kediaman mereka bagi mencegah sebarang insiden yang mungkin berlaku.

Kejadian ini meraih perhatian ramai selepas sebuah video tanah runtuh berhampiran kawasan perumahan berkenaan tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat akibatkan banjir kilat di KL

Aliran air yang deras dari bukit menyebabkan beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan merosakkan kenderaan penduduk.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata mereka menerima panggilan mengenai insiden itu pada 11.42 pagi, Selasa.

Menurut Ahmad Mukhlis, setibanya di lokasi, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Syamsul Shahar, mengesan tanah runtuh di tebing bukit.

"Kejadian ini tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan kepada rumah. Namun, terdapat pergerakan tanah yang berterusan di lokasi," ujarnya. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain