DATUK Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak mengambil gaji bagi jawatan perdana menteri. Menurut Anwar, beliau amat terkesan dengan keikhlasan penjawat awam yang mencurahkan khidmat bakti tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit, di samping mengambil kira situasi rakyat dan ekonomi negara. ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2025: Pembentangan ketiga Kerajaan Madani, ini manfaat rakyat bakal terima "Atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal yang menghimput, saya amat berterima kasih kepada Tan Sri KSN (Ketua Setiausaha Negara) dan Tan Sri KPPA (Ketua Pengarah perkhidmatan Awam), atas kepimpinan mereka. "Barisan Pengurusan Tertinggi Gred Utama TURUS telah menunjukkan tauladan dan secara sukarela memilih untuk menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). "Sementara itu, menteri-menteri serta lantikan politik juga akan terus membuat pemotongan 20 peratus gaji dan saya sendiri tidak akan menerima gaji," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Jumaat. Untuk rekod, Anwar ketika sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 berkata beliau tidak akan mengambil gaji bagi jawatan itu dan menyifatkan ia sebagai langkah pertama bagi menarik keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube