suria

PM terharu pengorbanan penjawat awam... Cikgu Azam, Ustaz Wan dua nama disebut dalam pembentangan Bajet 2025

Cikgu Azam mencipta alat bantuan bagi membantu murid dengan masalah penglihatan untuk berlari.

PENGORBANAN dan usaha guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak murid menerima penghargaan istimewa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ucapannya dalam Belanjawan 2025, Anwar memberikan pujian kepada penjawat awam yang ikhlas menabur khidmat bakti tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.

Dua tenaga pengajar berwibawa yang dijulang khusus oleh Anwar pada pembentangan Belanjawan 2025 adalah CIkgu Azam dan Ustaz Wan.

Untuk rekod, CIkgu Azam atau nama penuhnya Wan Muadzam Wan Abidin, 43, pernah menjadi tular kerana memperkenalkan Caballus RAFVI iaitu projek reka cipta sendiri bertujuan membantu murid orang kurang upaya (OKU) untuk berlari.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima kasih! Kerana guru, murid OKU penglihatan dapat peluang bebas berlari - “Alisya berjaya lari sejauh 5 kilometer”

"Kisah CIkgu Azam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Klang, Selangor amat menginspirasikan.

"Beliau berjaya menghasilkan Caballus RAFVI atas inisiatif serta dana sendiri untuk memberikan pengalaman indah kepada anak muridnya yang OKU penglihatan bagi menyertai acara larian bersama rakan-rakannya yang lain," ujar Anwar.

Dalam pada itu, Ustaz Wan atau nama penuhnya, Wan Roslan Wan Ishak, 48, pernah menjadi tular pada April lalu kerana gigih mewujudkan prasarana bermain boling di sekolah.

"Ustaz Wan, seorang guru di SK Nami, Gulau, Sik, Kedah secara kreatif menyediakan kemudahan bermain boling di kawasan anjung sekolah untuk anak murid beriadah pada waktu rehat," kata Anwar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain