MENYAMBUT ulang tahunnya yang ke-19, portal hiburan dan gaya hidup nombor satu di Malaysia meraikan para peminatnya dalam acara mStar Birthday Splash pada Sabtu. Ia diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon melibatkan kira-kira 100 peserta bertuah termasuk selebriti tanah air dan mereka yang menyokong portal ini. Aisyah Retno menghiburkan pembaca mStar di Sunway Lagoon. Menariknya, pembaca mStar mendapat peluang beramah mesra dengan artis kesayangan mereka seperti Ismail Izzani, Aisha Retno, Ryan Bakeri, The Gadys dan Zaki Yamani yang selama ini mungkin hanya dapat dilihat dari jauh atau melalui media sosial masing-masing sahaja. Selain membuat persembahan, para selebriti turut terlibat dalam pelbagai acara yang dirancang khas di taman tema itu bagi menghangatkan suasana bersama peminat. Barisan artis yang hadir memeriahkan mStar Birthday Splash pada Sabtu. Menerusi aktiviti Sunway Challenge peserta dibahagikan kepada enam kumpulan yang perlu melengkapkan cabaran dalam tempoh satu jam. Selain cabaran berkumpulan, dua individu dipilih sebagai Peserta Sporting dan dua lagi memenangi kategori peserta Viral of The Day. Peserta bergandingan dengan selebriti dan team mStar untuk menyelesaikan cabaran. Keempat-empat pemenang dihadiahkan dengan dua tiket Night of Fright yang disumbangkan oleh taman tema itu. Seterusnya, 23 hadiah turut diberikan kepada peserta bertuah yang menyertai cabaran kuiz mStar. Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah berkata, aktiviti ini dilakukan sebagai tanda terima kasih kepada pembaca yang menyokong mStar sehingga menjadi portal hiburan dan gaya hidup nombor satu. Setiap kumpulan perlu melengkapkan cabaran dalam tempoh satu jam. Malah, para artis yang sentiasa memberi peluang mStar menulis kisah mereka turut menjadi faktor portal ini dikenali. “Saya merasakan adalah perlu para artis dan peminat digabungkan dalam satu acara yang dikendalikan oleh mStar sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyokong mStar selama ini,” katanya. Niezam (lima dari kiri) bersama Dr Samhan (empat dari kanan) memotong pulut berwarna sempena mStar Birthday Splash sempena sambutan ulang tahun mStar yang ke-19. Kata Niezam, disebabkan aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan, pihak mStar berhasrat menjadikan ia acara tahunan yang mungkin diperluaskan ke seluruh negeri lain selepas ini bagi memperkuatkan jenama mStar. Acara mStar Birthday Splash turut disiarkan secara langsung menerusi aplikasi TikTok, sekali gus memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk menonton penganjuran program berkenaan. Kumpulan yang memenangi tempat pertama dalam aktiviti Sunway Challenge. Ia dijayakan dengan kerjasama dan sokongan daripada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, HIM Wellness Sdn Bhd, Dr Ahmad Samhan Awang sebagai penaja utama sementara Axisto Empire Enterprise dan Sunway Lagoon pula sebagai rakan strategik. Turut hadir adalah Pengarang Eksekutif Rekabentuk Kandungan, Tung Eng Hwa mewakili Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group, Datin Paduka Esther Ng. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube