KARNIVAL Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (Karnival MBMMBI) 2024 dianjurkan bagi memperkukuhkan kefahaman dan kecintaan generasi muda terhadap penggunaan kedua-dua bahasa penting itu. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, Karnival MBMMBI 2024 diketengahkan dengan aspirasi bagi melahirkan lebih ramai generasi muda fasih dalam penggunaan kedua-dua bahasa. Katanya, karnival yang menggabungkan aktiviti berkaitan kepentingan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu dapat memupuk generasi dwi bahasa yang produktif dalam membangunkan negara. Dr Mohd Azam Ahmad (dua kiri) mahu melihat generasi dwi bahasa yang produktif. -Foto Azhar Mahfof “Karnival seperti ini dapat membantu meningkatkan lagi kefahaman yang mendalam anak-anak tentang kepentingan bahasa sebagai alat perpaduan serta pembangunan negara. “Karnival ini seiring dengan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara, yang memfokuskan peningkatan kualiti pendidikan agar pelajar bukan sahaja mahir berbahasa tetapi juga mampu menggunakan bahasa sebagai alat perpaduan,” katanya ketika merasmikan Karnival MBMMBI 2024 pada Khamis. Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis dan Jumaat di IPG (Kampus Bahasa Melayu) Kuala Lumpur ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan IPGM. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa disindir cakap bahasa Inggeris dengan anak-anak... Bekas pensyarah pesan pedulikan mulut orang! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu balik Malaysia, ‘auto’ gagap cakap Melayu selepas setahun di UK... Terpaksa guna Google Translate Tambah Mohd Azam, MBMMBI 2024 yang bertemakan Seni Berbahasa Wahana Perpaduan Madani itu sesuai dengan aspirasi negara dalam memupuk perpaduan. “Tema ini melambangkan peranan penting bahasa sebagai medium perpaduan, selari dengan prinsip Malaysia Madani yang menekankan nilai kemanusiaan, kesaksamaan, dan keharmonian. “Oleh itu, usaha ini seiring dengan aspirasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bukan sahaja cemerlang pada peringkat tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa,” ujarnya lanjut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube