suria

Pelajar Malaysia disabitkan kesalahan bunuh di UK... Sumbat bayi dalam kotak bijirin, sembunyi dalam beg

Teo Jia Xin disabitkan kesalahan membunuh bayinya di UK. -Gambar hiasan (kanan)

SEORANG pelajar Malaysia disabitkan atas kesalahan membunuh di United Kingdom selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Teo Jia Xin, 22, mengaku bersalah meletakkan bayi yang baru dilahirkannya ke dalam kotak bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.

Menurut agensi awam yang menjalankan pendakwaan jenayah, The Crown Prosecution Service (CPS), Jia Xin mengandungkan bayi itu hingga cukup bulan dan melahirkannya pada 4 Mac 2024.

Dia tiba dari Malaysia awal tahun ini untuk melanjutkan pengajian di Universiti Coventry di London.

Selepas bersalin, Jia Xin meletakkan bayi itu dalam kotak bijirin yang ditutup dengan beg plastik, sebelum menyembunyikannya dalam beg pakaian, lapor BBC.

ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur bawa Myvi redah masuk sekolah, cuba bunuh remaja perempuan sedang main bola tampar

Pendakwaraya berkata bayi itu masih hidup selepas dilahirkan dan Jia Xin tahu anaknya akan mati selepas dimasukkan ke dalam kotak.

Anggota polis West Midlands bergegas ke kediaman Jia Xin dua hari selepas wanita itu pergi ke hospital dengan menunjukkan tanda-tanda baru melahirkan anak.

Ketika disoal kakitangan hospital sama ada dia telah melahirkan anak, Jia Xin menafikannya.

Bagaimanapun ketika disoal siasat polis, Jia Xin mengaku telah melahirkan bayi dan memberitahu lokasi di mana dia menyembunyikan bayinya, dua hari kemudian.

Juri juga menolak pembelaan Jia Xin bahawa dia telah mendengar suara yang mengarahkannya untuk membuang bayi itu.

James Leslie Francis dari CPS berkata, Jia Xin tiba di Britain dengan mengetahui bahawa dia mungkin akan melahirkan anak dan berpeluang mendapatkan bantuan, namun merahsiakan kehamilannya untuk menghalang orang daripada menemui bayinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain