suria

Letak kepala babi di kedai makan, 2 lelaki biadab terima padah

Rakaman CCTV yang tular di lokasi kejadian.

DUA lelaki ditahan polis kerana didakwa meletakkan kepala babi di sebuah kedai makan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11 Oktober lalu.

Menurut beliau, perbuatan suspek itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian di di Bandar Teknologi Kajang.

"Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 18 tahun memerhati rakaman CCTV di kedainya.

"Dua lelaki berusia 35 dan 51 tahun ditahan pada 15 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Naazron berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dan mendapatkan bukti berkaitan kes tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bapa MK meninggal dunia