PERSONALITI media sosial, Cik Epal menuntut permohonan maaf dan bayaran ganti rugi RM1 juta daripada Emira Delyati Dewi yang didakwa mempunyai hubungan dengan bekas suaminya, Menerusi posting di Instagram, Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud memuat naik hantaran menunjukkan notis tuntutan menggesa Dewi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta. "Aku telah menghantar notis tuntutan kepada Dewi melalui peguam aku. Aku menuntut Dewi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi RM 1 juta kepada aku," katanya menerusi hantaran berkenaan. Cik Epal memaklumkan dia tidak pernah kalah dalam mana-mana kes saman sebelum ini. Berdasarkan notis tuntutan yang dikongsi Cik Epal, Dewi didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dalam satu siaran podcast. Dalam temubual tersebut, Dewi mendakwa dia pernah ditawarkan menjadi isteri nombor dua kepada Jofliam (bekas suami) oleh Cik Epal. Notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi oleh Cik Epal. Notis berkenaan juga mengingatkan sekiranya Dewi gagal mematuhi notis berkenaan dalam tempoh seminggu, iaitu permohonan maaf secara terbuka, pihaknya akan memfailkan tuntutan di mahkamah. Sementara itu di ruangan Instagram Story, Cik Epal memaklumkan dia menang semua kes saman yang melibatkan dirinya sebelum ini. "Kalau Dewi tak nak buat permohonan maaf dan nak ke mahkamah. Memang aku all out (berhabis-habisan) lawan sampai habis. Berani kerana benar," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube