suria

Tragis! Kemalangan pacuan empat roda rempuh motosikal libat 2 rakan

Motosikal ditunggang mangsa di lokasi nahas.

SEORANG remaja yang juga pelajar maut selepas motosikal ditunggang dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 0.5 Jalan Bahau-Rompin, Negeri Sembilan sekitar pukul 12.15 tengah malam pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha EGO bersama rakannya dari arah Bahau ke Rompin.

"Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng patah kaki kanan," ujar Chang Hook menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dilanggar oleh pikap jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang wanita yang datang dari arah bertentangan.

"Pemandu kenderaan berusia 60 tahun bersama tiga penumpang dibawanya tidak mengalami kecederaan," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bapa MK meninggal dunia