suria

Orang utara jom ramai-ramai 'gegarkan' Karnival GEN-AI... Ini 5 perkara menarik anda tak boleh lepaskan peluang

Program e-sukan menjadi tarikan utama buat pengunjung di Karnival GEN-AI.

TAK tahu nak pergi ke mana Sabtu ini? Jom ramai-ramai 'gegarkan' Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea di tapak parkir Gravitas, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang pada 2 November ini.

Karnival yang berlangsung bermula dari pukul 8 pagi hingga 10.30 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan tawaran istimewa kepada pengunjung.

Program anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan dan kekitaan dalam kalangan belia menerusi aktiviti serta program interaksi yang disediakan.

“Program ini mampu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat mengenai isu-isu semasa menerusi aktiviti yang disajikan seperti pameran serta ceramah.

“Selain itu kita juga mahu menggalakkan aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat melalui aktiviti-aktiviti yang berorientasikan kesejahteraan dan keceriaan,” menurut MCMC dalam kenyataan.

Jom ikuti lima perkara menarik di Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim:

1. Forum kecerdasan buatan (AI)

Forum AI dan belia yang bertajuk 'Pembangunan Ilmu AI dengan inklusif - peluang, potensi dan cabaran' dengan ia diadakan pada sebelah pagi bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Forum perbincangan itu bukan sahaja bertujuan melahirkan masyarakat Madani yang berilmu pengetahuan tetapi berdaya saing dan peka terhadap isu-isu semasa.

Rugi sekiranya anda terlepas peluang untuk mendapatkan pendedahan yang amat bermanfaat di era AI ini.

Dr. Malar antara pempengaruh yang dibawakan khas untuk berkongsi pengalaman.

Dr. Malar antara pempengaruh yang dibawakan khas untuk berkongsi pengalaman.

2. Sembang santai bersama Klik dengan Bijak

Klik Dengan Bijak merupakan sebuah program membudayakan penggunaan Internet secara positif untuk rakyat Malaysia dan MCMC membawakan beberapa pempengaruh ke karnival ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

Nama Dr. Malar tidak asing lagi dalam kalangan pengguna media sosial. Pasti ramai yang mengikuti celotehnya berkaitan isu-isu kesihatan dan kemasyarakatan. Menariknya, beliau adalah antara pempengaruh yang didatangkan khas sempena karnival ini.

Jadi, ini adalah masanya anda bertemu dan mendengar celoteh pemilik nama penuh Malar Santhi Santherasegapan secara langsung.

Slot bersama Dr. Malar bersama beberapa pempengaruh lain diadakan bermula dari pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

3. E-sukan NADI

Perkembangan arena permainan video telah berkembang pesat terutamanya di negara ini sehingga berjaya membentuk sebuah industri yang baharu.

Bagi penggemar e-sukan, anda jangan terlepas peluang untuk menyertai program E-sukan NADI yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang.

Anda bukan sekadar datang untuk bermain, malah lebih daripada itu apabila pempengaruh e-sukan turut hadir memeriahkan karnival untuk berkongsi tip menjadi pemain yang berjaya. Siapa pempengaruh itu? Nak tahu, kenalah datang ke karnival.

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan perlawanan peringkat separuh akhir dan peringkat akhir e-sukan dari pukul 4.30 hingga 6.30 petang.

Menggamit kenangan di Pasar Pasola

Menggamit kenangan di Pasar Pasola

4. Pasar Pasola

Karnival GEN-AI turut membawakan Pasar Pasola yang mengembalikan nostalgia Melayu klasik sebagai platform niaga untuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Pasar Posala menghimpunkan puluhan reruai yang menampilkan peniaga berbusana tradisi sambil menawarkan pelbagai jualan seperti juadah tradisional dan produk-produk unik yang digemari turun-temurun.

Bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam sepanjang karnival berlangsung, kunjungan ke Pasar Pasola pastinya mencipta suasana nostalgia buat anda.

xxxx - 1

Pertandingan Muay Thai antara acara yang berlangsung.

5. Sesi temu bersama Anwar

Paling dinanti-nantikan sudah tentu sesi temu bersama Anwar sempena Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea.

Karnival yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri itu menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung.

Sebenarnya banyak acara dan aktiviti menarik turut diadakan, antaranya iaitu pertandingan Muay Thai, persembahan buskers, konsert mini, cabutan bertuah, kaunter bayaran saman dan pameran serta jualan.

Clipboard01

Para pengunjung turut berpeluang memenangi banyak cabutan bertuah termasuk lima hadiah utama sepanjang karnival berlangsung.

Selain itu, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan artis tempatan di konsert yang diadakan pada sebelah malam dari pukul 9 malam hingga 10.30 malam.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom beramai-ramai berkunjung ke Karnival GEN-AI: Generasi Ada Idea yang akan diadakan di tapak parkir Gravitas, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang pada 2 November bermula dari pukul 8 pagi hingga 10.30 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain