BERANG lamaran ditolak, seorang lelaki bertindak menikam wanita dan bapanya di hadapan pintu lif sebuah pangsapuri di Ayer Hitam, Georgetown, Pulau Pinang, pada Khamis. Kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu mengakibatkan lelaki berusia 62 tahun dan anak perempuannya, 30, maut di tempat kejadian. Suspek yang berusia 32 tahun turut menikam dirinya di luar lif pangsapuri berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube