suria

Patung dibalut kain kuning, dicucuk jarum cetus tanda tanya... Siapa dalam DBKL jadi sasaran?

Penemuan patung misteri di Setiawangsa, Kuala Lumpur. -Foto Facebook

PERBUATAN sihir masih diamalkan dalam kalangan masyarakat walaupun ia diketahui salah dan haram yang boleh menyebabkan pengamalnya berdosa besar di sisi agama Islam.

Golongan yang mengamalkan perbuatan syirik itu kebiasaannya didorong perasaan dendam, cemburu, hasad dengki serta tidak puas hati atas beberapa perkara.

Kebiasaannya pihak yang melakukan sihir bertujuan untuk ditujukan kepada individu tertentu secara khusus namun apa yang berlaku di Setiawangsa, Kuala Lumpur sangat berbeza apabila pelaku menyasarkan sebuah organisasi besar.

465455144_939564498192342_4706019687487214034_n

Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar penemuan patung berkenaan. -Foto facebook

Berdasarkan perkongsian di Facebook, tular gambar patung kecil mirip sihir voodoo yang dibaluti kain kuning bertulis DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) serta dicucuk dengan beberapa batang jarum.

Difahamkan patung misteri itu ditemukan di atas jalan di pusat perniagaan di Setiawangsa dengan kawasan berkenaan di letakkan pita larangan DBKL.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang sihir hantar santau guna pelesit? Kenali rupa sebenar belalang ‘puaka’, jangan berani sentuh guna tangan!

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu lepak kedai kawan, datang bawa makanan... Akhirnya difitnah bomoh, nama 'dipetik' hantar santau lingkupkan bisnes

Berdasarkan gambar, besar kemungkinan ia dipercayai kerana pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan itu tidak berpuas hati terhadap DBKL selepas kawasan itu dijadikan sebagai kawasan larangan.

Tindakan itu bagaimanapun mengundang rasa lucu dalam kalangan netizen yang beranggapan sihir yang ingin ditujukan kepada DBKL itu tidak akan berjaya kerana terlalu umum.

"Jin pun pening nak tuju kat siapa sebenarnya ni. Dekat bangunan tak kena, lori DBKL pun tak kena, kepada pekerja ramai sangat pula.

Saya pun kadang hangin juga dengan DBKL tetapi tidaklah tergamak nak buat macam ni.

WARGA MAYA

"Ilmu tuju kena sebut jelas. DBKL tu siapa? Datuk Bandar ke, ketua penguat kuasa ke? Atau ketua jabatan kejuruteraan?

"Untuk semua staf DBKL? Saya pun kadang-kadang hangin juga dengan DBKL tetapi tidaklah tergamak nak buat macam ni.

"Maaf, permohonan sihir ditolak sebab terlalu umum, kena spesifikkan individu, nanti tak pasal mak cik cleaner di ibu pejabat DBKL yang kena, kesian dia tiada kena mengena," kata netizen.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan respons daripada pihak DBKL berhubung foto tular memperlihatkan patung sihir voodoo itu tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dijawab.

Sebagai peringatan Bersama, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir seperti yang dihuraikan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain