ALLAHYARHAM Tun Daim Zainuddin dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dan tidak mengisytiharkan lebih 70 jenis harta. Hakim Azura Alwi berkata keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan kes berkenaan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) berikutan bekas menteri kewangan itu meninggal dunia di usia 86 tahun akibat strok pada 13 November lalu. Azura turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham selain memerintahkan wang jaminan RM280,000 dikembalikan kepada penjamin. Untuk rekod, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin. Na’imah mahu kes gagal mengisytiharkan harta yang dipertuduhkan kepada arwah suaminya diteruskan. Pada 29 Januari lalu, Daim didakwa dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis di bawah seksyen 36(1)(a) akta SPRM 2009 (Akta 694) bertarikh 8 November 2023. Harta itu antaranya adalah satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, Mercedez Benz serta Roll Royce, 38 syarikat dan 25 hartanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta Pahang. Pada Selasa, isteri kepada Allahyarham Daim iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid mahu supaya kes kegagalan mengisytiharkan harta yang dipertuduhkan terhadap uaminya diteruskan tanpa ditarik balik demi membersihkan nama arwah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube