suria

Lelaki nyaris rentung, Perodua Alza milik ibu terbabas... Mangsa masih tak sedarkan diri

Tangkap layar menunjukkan keadaan sewaktu kereta Alza itu terbakar.

SEORANG lelaki nyaris rentung selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandunya musnah terbakar di Jalan Latar, Kampung Bukit, Pokok Sena, Kedah pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 8.15 pagi.

Kata Basri, hasil siasatan mendapati kenderaan mangsa yang dipandu dari arah Pokok Sena menghala ke Kampung Bukit itu hilang kawalan dan terbabas lalu terbakar secara tiba-tiba.

"Lelaki berusia 23 tahun itu berjaya diselamatkan orang awam dan dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut.

"Buat masa ini, mangsa tidak sedarkan diri dan masih lagi menerima rawatan di hospital," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Jelas Basri, siasatan turut mendapati Perodua Alza yang musnah sepenuhnya itu adalah milik ibu mangsa.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain