suria

“Pemandu sedang isi minyak brek” - Lori mengundur ke jalan raya, penunggang motosikal maut terhumban bawah tayar

Penunggang motor maut di tempat kejadian.

SEORANG pemandu lori berusia 32 tahun ditahan susulan kemalangan yang mengorbankan penunggang motosikal di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ia berlaku pada 8.34 pagi Sabtu.

"Pemandu lori sedang mengisi minyak brek kenderaan di tapak pembinaan apabila lori itu tiba-tiba mengundur dan merempuh pintu pagar keselamatan tapak.

"Lori itu masuk ke jalan utama dan melanggar penunggang berusia 32 tahun itu. Penunggang cuba mengelak lori itu tetapi tidak berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontena jatuh treler, hempap pemandu wanita di simpang lampu isyarat

"Kesan rempuhan itu menyebabkan penunggangnya terhumban ke bawah salah satu tayar lori itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zamzuri, penunggang itu maut di tempat kejadian dan pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.

"Seorang lagi lelaki, yang turut memandu keretanya di jalan yang sama, mengalami kecederaan ringan di dahinya,” tambahnya.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain