BANJIR yang melanda Kapit, Sarawak meragut nyawa seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kemaskini hariannya memaklumkan bahawa Balai Bomba Kapit menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi berhubung kejadian itu. Menurutnya, kereta yang dinaiki mangsa terbabas ke dalam parit di belakang Dewan Serbaguna Persatuan Foo Chow. Jabatan itu berkata, arus deras menyukarkan usaha menyelamatkan mangsa. "Mangsa terperangkap di dalam keretanya. Pasukan kami terpaksa memecahkan tingkap dan menggunakan tali untuk mengeluarkannya ke tepi jalan," katanya. Mangsa yang merupakan satu-satunya berada di dalam kereta kemudian disahkan meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk bedah siasat. Kawasan sekitar Kapit dilanda banjir kilat berikutan hujan berterusan sejak Isnin lalu. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube