TIGA individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh yang telah menghempap sebuah rumah di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu, pada petang Jumaat. Menurut Komander Operasi, PPgB Mohd Aidil Khairim Abd Wahab, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada pukul 4.59 petang. Susulan itu, 16 anggota dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang serta BBP Wakaf Tapai telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube