suria

Pemilik kedai cetak ditemukan mati, kekasih jumpa mayat dalam premis perniagaan selepas 2 hari mencari

Proses bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail.

SEORANG lelaki berusia 40 tahun yang juga pemilik kedai cetak ditemukan mati di dalam premis perniagaannya di Taman Bestari Indah berhampiran UIu Tiram, Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat lelaki itu dijumpai oleh teman wanita mangsa yang berusia 32 tahun, seorang warganegara Indonesia.

Wanita itu kemudiannya memaklumkan kepada pihak polis mengenai penemuan tersebut.

"Mayat mangsa ditemukan sekitar pukul 12.30 tengah hari pada Ahad. Teman wanita mula mencari mangsa di rumah kedai kerana gagal dihubungi selama dua hari.

"Mangsa tinggal berseorangan di rumah kedai berkenaan, pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah," ujarnya pada Ahad.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain