suria

MAJUHOME Concept - BSN anjur cabaran TikTok, mangsa banjir antara 23 pemenang hadiah perabot bernilai RM50,000

Tiga beradik termasuk Mohd Soleh Iskandar dari Kelantan dan isterinya (gambar) merupakan pemenang kategori ruang tamu pertandingan #MajuYourHomeWithBSN.

SIAPA sangka tuah menyebelahi mangsa banjir apabila dipilih menjadi antara 23 pemenang cabaran TikTok menerusi kempen #MajuYourHomeWithBSN, sempena ulang tahun ke-38 MAJUHOME Concept dan ulang tahun ke-50 Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kesemua pemenang menerima hadiah perabot bernilai keseluruhan RM50,000.

Matlamat utama kempen ini adalah untuk memberikan komuniti peluang menghias kediaman mereka dengan barangan berkualiti tinggi daripada jenama perabot urban terkemuka, MAJUHOME Concept.

Peraduan TikTok ini dibahagikan kepada tiga kategori, memfokuskan kepada ruang kediaman yang berbeza iaitu bilik tidur, pejabat rumah dan ruang tamu, dengan setiap kategori menawarkan perabot unik.

Bagi kategori bilik tidur, cabaran TikTok berlangsung pada 21 Oktober hingga 3 November 2024; pejabat rumah (4 November hingga 17 November 2024), manakala ruang tamu bermula 18 November hingga 1 Disember 2024.

Sebagai tambahan, tiga bilik pameran MAJUHOME Concept dihiasi dengan hadiah mengikut kategori masing-masing.

Lokasi bilik pameran tersebut adalah di MAJUHOME Concept, IOI City Mall, Putrajaya (bilik tidur); MAJUHOME Concept, IOI Mall Puchong (pejabat rumah) dan MAJUHOME Concept, The Curve (ruang tamu).

Sementara itu, Naib Presiden MAJUHOME Concept, Frankie Cheng, berkata pihaknya berbesar hari dapat bekerjasama dengan BSN untuk satu tujuan yang mulia.

“Kami dapat memberikan perabot kepada rakyat Malaysia yang ingin menghias atau menaik taraf kediaman mereka.

“Kempen ini sejajar dengan nilai jenama MAJUHOME Concept dan BSN yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ketua Komunikasi Strategik BSN, Aizurra Mellissa (tengah kiri) dan Naib Presiden MAJUHOME, Frankie (tengah) bersama pemenang peraduan TikTok #MajuYourHomeWithBSN anjuran BSN dan MAJUHOME Concept.

Kisah menyentuh hati, membina semula kehidupan selepas banjir

Bagi sebuah keluarga yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, kempen ini lebih daripada sekadar pertandingan.

Ia adalah peluang untuk membina semula kediaman mereka.

Banjir di Kelantan telah memusnahkan hampir kesemua perabot mereka, tetapi kemenangan dalam pertandingan #MAJUYOURHOMEWITHBSN memberikan mereka peluang untuk menghias semula rumah dengan penuh keindahan.

Salah seorang pemenang, Aishah Iskandar, yang merupakan seorang suri rumah berkata banjir telah merosakkan hampir semua perabot rumahnya.

“Memenangi pertandingan ini adalah satu rahmat, memberikan kami perabot yang diperlukan untuk rasa seperti di rumah semula.

“Kami amat bersyukur kepada MAJUHOME Concept dan BSN atas peluang ini.” katanya.

Dua penyertaan yang menyerlah termasuklah penyertaan kreatif Aishah Iskandar yang menarik perhatian ramai dengan pendekatan inovatifnya, memperoleh lebih 11,000 perkongsian di TikTok.

Sementara itu, penyertaan menyentuh hati oleh Soleh Nande yang menekankan kepentingan keluarga dan rumah, menerima lebih 9,000 perkongsian.

Untuk maklumat lanjut dan sorotan kempen, sila lawati TikTok: @bsnmalaysia

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain