suria

Berita baik! Tol percuma di semua lebuh raya sempena Krismas

Tol percuma bermula pada Isnin dan berakhir pada Selasa. -Gambar hiasan

PENGGUNA lebuh raya akan menerima pengecualian tol di semua lebuh raya bermula 23 hingga 24 Disember sempena sambutan Krismas 2024.

Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian tol ini hanya terhad kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian).

"Kos pengecualian tol ini akan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan, berjumlah RM38 juta.

"Pengecualian tol ini diharap dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Krismas 2024 terutamanya kepada mereka yang beragama Kristian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Nanta, pengecualian tol ini bermula dari pukul 12.01 tengah malam 23 Disember 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 24 Disember 2024 (Selasa).

"Pengecualian ini diberikan di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.

"Diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan pemberian pengecualian tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas semasa musim cuti," ujarnya.

Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan had laju, papan tanda dan undang-undang jalan raya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain