SEORANG lelaki warga emas berusia 68 tahun ditemukan mati di dalam rumahnya di Blok C, Pangsapuri Cherry, Ipoh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan telefon sekitar pukul 11.08 malam pada Jumaat.
"Kami menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memberitahu dia tidak dapat menghubungi bapa saudaranya selama dua hari dan mengesyaki ada sesuatu yang buruk sudah berlaku.
"Dia juga memaklumkan yang pintu rumah bapa saudaranya berkunci dan tiada sesiapa yang menyahut dari dalam apabila dipanggil," katanya pada Sabtu.
Tambah Sabarodzi, anggota polis turut berada di tempat kejadian.
"Apabila pintu berjaya dibuka, kami menemukan jasad seorang mangsa lelaki terbaring di dalam sebuah bilik. Dia disahkan meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan.
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," ujar Sabarodzi. The Star
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube