AKIBAT dakwaan menghantar mesej jelik seksual, Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib dengan menggantung tugas seorang pensyarahnya. Perkara itu dimaklumkan Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaya (UM) pada Isnin. Tindakan tegas itu dibuat setelah mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605). "UM akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status," menurut kenyataan itu. Pada Sabtu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengarahkan UM untuk melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti itu. Zambry berkata arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut bagi menegakkan keadilan selain menegaskan kementeriannya sama sekali tidak bertolak ansur dengan salah laku yang bertentangan undang-undang negara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube