suria

Pelacur di Terengganu caj RM350 setiap langganan, cari pelanggan di WeChat

Khidmat seks ditawarkan secara berleluasa di pelbagai aplikasi dalam talian. -Gambar hiasan

SEORANG wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di Kuala Terengganu, Terengganu.

Susulan itu Majistret Yuhanis Mohd Roslan mengarahkan tertuduh, Saridatul Nor Asra Salleh, 29, membayar denda RM3,000 selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menerusi prosiding pada Selasa.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang masih bujang didakwa menawarkan khidmat seks melalui aplikasi WeChat.

Perbuatan itu dilakukan pada 20 Disember lalu sekitar pukul 5.20 petang, di sebuah hotel di kawasan berkenaan.

Saridatul mengenakan bayaran RM350 untuk setiap langganan.

Dia didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain