MAHKAMAH Rayuan pada Isnin membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk semakan kehakiman berhubung Titah Adendum. Menerusi keputusan majoriti 2-1 itu, Mahkamah Rayuan mengembalikan kes kepada Mahkamah Tinggi supaya prosiding semakan dapat dimulakan untuk mencabar perintah penahanan di rumah bagi baki hukuman penjara yang dihadapinya. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril berkata mahkamah tidak boleh mengabaikan fakta dan bukti yang dikemukakan oleh perayu dalam kes ini. ARTIKEL BERKAITAN: Istana Pahang sahkan wujud Titah Adendum untuk Najib... Surat bertarikh 4 Januari tular di media sosial Antaranya adalah surat daripada Istana Pahang yang dihantar kepada anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar. Kandungan surat itu memperakui kewujudan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tambah Mohd Firuz, permohonan semakan hanya perlu menunjukkan bahawa pemohon mempunyai kes untuk dihujahkan, berasaskan kepada fakta bahawa kepentingan atau hak pemohon telah terjejas. "Demikian itu, kami bersetuju untuk membenarkan rayuan ini. Kami memerintahkan kes ini dihantar semula ke Mahkamah Tinggi bagi semakan kehakiman yang substantif. Seorang lagi hakim yang menjadi sebahagian daripada majoriti adalah Hakim Azhahari Kamal Ramli. Sementara itu Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel tiga hakim pada prosiding hari ini menentang penghakiman terbabit. - The Star Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube