POLIS kini memburu lima suspek yang menyerang sekumpulan individu di sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, ketike kejadian, empat individu berusia 55 dan 59 tahun sedang minum di restoran berkenaan pada kira-kira pukul 10 malam Khamis. "Kita percaya lima penyerang merupakan warga tempatan. "Kita menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi balas polis berdekatan atau balai polis Nilai di talian 06-790 2222 bagi membantu siasatanm" katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Abdul Malik berkata, empat mangsa yang diserang dihantar ke Hospital Tuanku Jaáfar untuk menerima rawatan dan keadaan mereka kini stabil. Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif serangan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube