SEORANG lelaki warga emas yang sebelum ini tular kerana menampar pemuda bukan Islam di sebuah kedai serbaneka di dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Keputusan tersebut dibuat Majistret A. Shaarmini selepas pihak pendakwaan memohon agar insiden berlaku pada Ahad itu diklasifikasikan sebagai DNAA bagi membolehkan ia dirujuk ke Ibu Pejabat Peguam Negara (AGC), Putrajaya.
Keadaan ini berlaku apabila tertuduh, Abdul Razak Ismail, 65, pada awalnya bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Cina ditampar pakcik berjubah, marah makan waktu siang di bulan puasa... Siap minta tunjuk MyKad
Bagaimanapun dia tidak bersetuju dengan fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Berikutan itu, mahkamah menolak pengakuan bersalah tersebut dan mengarahkan Razak untuk melantik peguam bagi membela diri.
Tangkap layar video tular memaparkan situasi ketika kejadian berlaku.
Berdasarkan pertuduhan, Abdul Razak didakwa dengan sengaja mencederakan seorang pemuda dalam insiden yang berlaku di sebuah kedai serbaneka di pusat beli-belah Angsana Mall, Johor Bahru pada pukul 3.45 petang, Ahad lalu.
Tindakan Abdul Razak menjadi tular selepas sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna X, @bingbinge656 menunjukkan dia menampar pemuda bukan beragama Islam tersebut kerana dipercayai makan di tempat awam pada waktu siang.
Berikutan insiden itu, Abdul Razak telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan selepas mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tampoi.