BERITA gembira buat penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500, yang akan dibayar bermula minggu depan.
'Duit raya' tersebut diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA di Sepang, pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: STR Fasa 2 dibayar bermula Isnin, ringan beban rakyat menjelang Aidilfitri
Turut menerima imbuhan, kata Anwar, pesara kerajaan serta veteran dan veteran tidak berpencen akan menikmati BKK Aidilfitri berjumlah RM250.
Anwar berkata, beliau berharap pemberian BKK itu akan meringankan beban rakyat menjelang Aidilfitri ini.