suria

2 beranak ditahan kes mayat bayi terlangkup dalam lubang tandas

Mayat bayi ditemukan di dalam tandas di sebuah stesen minyak.

POLIS menahan ibu dan anak perempuan bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat bayi dalam mangkuk tandas sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di Sabak Bernama, Ahad lalu.

Penahanan kedua-dua supek dibuat pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad, suspek pertama berusia 41 tahun ditahan pukul 6.15 petang Selasa di perkarangan sebuah kilang dekat Meru, Klang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat bayi ditemukan terlangkup dalam lubang tandas stesen minyak! Dua wanita naik Perodua Bezza biru diburu

Susulan penahanan suspek pertama, polis kemudian menahan suspek kedua, iaitu remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga pekerja restoran makanan segera, kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di Meru.

"Hasil siasatan lanjut mendapati bahawa kedua-duanya adalah ibu dan anak.

"Siasatan juga mendapati suspek pertama dipercayai tidak mengetahui anak perempuannya itu mengandung," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Md Yusof berkata, polis turut merampas sebuah Perodua Bezza, pakaian serta telefon bimbit daripada kedua-dua supek bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan mengenai pengunjung di sebuah stesen minyak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar di Sabak Bernam gempar dengan penemuan mayat seorang bayi di tandas wanita.

Dalam kejadian pada Ahad itu, mayat bayi berkenaan ditemukan dalam keadaan terlangkup dalam lubang tandas wanita di stesen minyak tersebut.

 

 

Artikel Lain