suria

Dicabul lelaki bertopeng... Kaum wanita, pakailah seluar dan baju dalam ketika tidur

Kaum wanita perlu menjaga keselmatan diri terutamanya apabila seorang diri. Gambar hiasan

TEMPIAS akibat rakan baik didakwa dicabul ketika sedang tidur, seorang gadis meminta semua golongan wanita agar berhati-hati dan sentiasa memakai pakaian dalam sewaktu tidur.

Menurut Ummu Hazimah Zainiyer, 20, walaupun insiden itu berlaku pada orang lain namun ia memberi kesan mendalam pada dirinya biarpun ketika kejadian dia berada jauh daripada sahabat karibnya itu.

"Saya tinggal di Perak manakala kawan baik saya ini berada di negeri lain. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6.45 pagi, Selasa lalu.

Perkongsian Ummu mengenai insiden cabul mendapat lebih 3 ribu ulang kicau.

"Ketika itu dia sedang tidur dengan adiknya berusia tujuh bulan, manakala ayah dan ibunya keluar berniaga.

"Menurut kawan saya itu, seorang lelaki masuk ke biliknya dan memegang kemaluan dan buah dadanya. Kawan saya menggigit tangan lelaki itu dan melawannya.

"Selepas beberapa minit, lelaki itu lari ikut pintu belakang. Selepas itu kawan saya keluar dan meminta bantuan dengan beberapa orang di surau. Mereka cuba kejar, namun lelaki itu hilang," cerita gadis berusia 20 tahun itu kepada mStar Online.

Menurut Ummu, kawannya itu kini berada dalam trauma.

"Dia hanya ceritakan kepada saya dan seorang lagi kawan baik kami. Walaupun tinggal berjauhan, kami berhubung melalui panggilan video.

"Dia juga tunjuk kesan-kesan lebam di badan dan bibirnya juga bengkak.

"Masih tergiang-giang lagi apabila kawan saya ini bercerita mengenai kejadian itu. Katanya lelaki itu memakai topeng dan ketika bergelut, dia cuba buka topeng, namun tak boleh.

Henti melakukan gangguan seksual. Gambar hiasan.

"Lebih menakutkan, lelaki itu langsung tidak berbunyi suara ketika kawan saya gigit tangannya. Menakutkan.

"Mereka sekeluarga sudah membuat laporan polis dan pihak berkuasa sentiasa memantau kawasan rumahnya.

"Saya yakin lelaki itu berniat untuk mencabul atau melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan saya ini memandangkan semua barang berharga tidak diusik," tambah Ummu.

Dalam pada itu, Ummu turut menasihati semua wanita bujang agar mengunci pintu tidur dan memakai pakaian yang tidak berlebihan.

"Memang ada orang cakap kalau tidur pakai baju dalam tidak berapa bagus untuk kesihatan, tetapi pada masa sekarang ia perlu.

"Sekurang-kurangnya kalau kejadian seperti ini berlaku, penjahat itu agak mengambail masa untuk menanggal pakaian dalam.

"Lagipun sekarang ini kita tidak boleh percaya sesiapa. Jadi semua perlu berhati-hati.

"Saya berharap kawan saya ini akan sembuh daripada traumanya itu," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Cabul, trauma

Artikel Lain