KECOH apabila seorang jurugambar memuat naik beberapa foto sekitar majlis perkahwinan kliennya di laman sosial sehingga menimbulkan tanda tanya. “Cantik? Ke mengarut?” menurut tulisannya di laman Twitter yang mengundang pelbagai reaksi dengan kebanyakan warganet lebih memberi tumpuan kepada lukisan henna atau inai yang memenuhi bahagian tangan pengantin perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin berbaju songket posing di tanah perkuburan, pemilik butik akui kesilapan – “Saya hanya mahu ambil gambar ‘rare’, kubur-kubur mereka pun nampak cantik” ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, “Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang” ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali 'tragedi'! Selepas 5 bulan nikah, pengantin terkejut 'ditenggelamkan' pelamin, bridesmaid... Seminggu sebelum kahwin pun ada kisah tragis “Mesti sakit tangan melecur masa kahwin,” sindir seorang warganet. “Henna dia macam dia baru lepas bunuh orang,” ujar seorang lagi. “Henna dia macam rendam dalam air sirap,” tulis yang lain. Jurugambar berkenaan, Muhammad Irfan Mohd Dzahier, 23, berkata, dia terkejut kerana tidak menyangka ramai yang menyedari tentang lukisan inai tersebut. Warganet lebih tertumpu kepada lukisan inai pengantin. Menurutnya, tulisannya pada laman sosialnya itu sebenarnya merujuk kepada tona gambar tetapi kesal dengan komen-komen warganet yang agak keterlaluan. “Tak sangka orang perasan pasal inai tu sebab saya tengok lawa je dan lebih fokus kepada tona gambar. Saya ada buat bebenang lepas posting tu pasal fotografi yang sebetul-betulnya. “Tapi janganlah melebih-melebih nak komen sampai ada yang kata penyakit kulit, melecurlah. Itu satu doa tu, lebih baik diam dari sakitkan perasaan orang,” katanya kepada mStar. Farah menyedari reaksi warganet mengenai lukisan inai tangannya. Foto instagram syneramastudio/ henna instagram jeaahenna Muhammad Irfan yang merupakan jurugambar sejak enam tahun lalu menjelaskan bahawa dia telah menyunting hampir 1,000 gambar majlis perkahwinan tersebut, dan sebab itu dia mengemukakan pertanyaan mengenai kesesuaian tona warna foto yang dikongsinya. “Saya nak tanya warna tu mengarut ke tak. Kalau saya nak fokus henna baik saya post gambar tangan dia saja atau foto pengantin perempuan seorang. Itu lebih direct. “Saya tunggu bebenang yang saya buat tu blow up, tak sangka henna yang jadi perhatian. Sebab saya tengok hanya henna yang biasa, cantik dan sangat kemas,” katanya. Farah pada majlis malam berinai bertemakan Bollywood. Foto ihsan Farah Fazreen Badrul Hisham Sementara itu, pengantin perempuan turut tampil menjelaskan bahawa rekaan inai yang dipilihnya itu adalah klasik dan menjadi kebiasaan dalam masyarakat India. Justeru, Farah Fazreen Badrul Hisham, 24, tidak melihat ia sebagai sesuatu yang baharu, tetapi mungkin jarang-jarang dilihat segelintir warganet. Lakaran sebenar inai pada tangan dan kaki pengantin perempuan. Foto ihsan Farah Fazreen Badrul Hisham Malahan, Farah yang baru berkahwin pada 16 November lalu di Shah Alam, Selangor lalu turut menyatakan lukisan inai pada tangan aktres Bollywood, Priyanka Chopra yang berkahwin dengan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Nick Jonas pada akhir tahun lalu turut menggunakan rekaan yang sama. “Tapi saya pilih rekaan tu bukan sebab inspirasi lukisan inai Priyanka Chopra, tetapi sebab saya mengikut adat keluarga sebelah ibu saya di Pakistan. Saya pilih rekaan henna tu bukan sebab inspirasi lukisan inai Priyanka Chopra, tetapi sebab saya mengikut adat keluarga sebelah ibu saya di Pakistan. FARAH “Saya memang pilih henna tu sebab nak yang sarat, saya kacukan Melayu-Pakistan, jadi ada henna tu juga melambangkan tradisi saya,” katanya kepada mStar, sambil menambah majlis malam berinainya bertemakan Bollywood dan resepsi perkahwinan berkonsepkan urban fairytale. Farah yang berasal dari Setia Alam, Shah Alam memberitahu, lukisan inai tu dipilih mengikut citarasanya tetapi mendedahkan pada awalnya ramai yang tidak berkenan dengan rekaan tersebut. (gambar kiri) Farah bersama pasangan berkahwin pada 16 November lalu. Foto instagram syneramastudio (gambar kanan) Priyanka Chopra (kiri) dan Nick Jonas berkahwin pada Disember 2018. Foto AFP “Saya pilih sebab saya suka dan suka tengok pengantin Pakistan buat henna macam ni. Kalau ikutkan tradisi sebenarnya, henna Pakistan depan belakang tapak tangan sampai sebelum siku dan kaki sampai betis. “Ramai juga tak bagi pada awalnya sebab takut buruk tapi Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan hasil henna ini. Saya tahu dengan kritikan mengenai lukisan inai tersebut. Bagi saya, mungkin warganet tak berapa biasa tengok henna yang macam ni pada majlis perkahwinan orang Melayu. “Biarlah orang nak kata apa, janji saya berpuas hati dan tiada apa yang hendak saya kesalkan. Tapi memang saya terkejut juga dengan kritikan tu sebab realitinya ramai yang puji cantik, malah minta nombor telefon pelukis henna saya,” katanya.