suria

“Saya kena terima kecaman dengan hati terbukalah” - Graduan buat isyarat Nazi akui silap kongsi

Feng mengaku silap berkongsi pendapatnya di ruangan umum (Facebook).

SELEPAS dikecam hebat gara-gara menunjukkan simbol Nazi sewaktu majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu lalu, pemuda berkenaan akhirnya bersuara mengenai perkara itu.

Menurut pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Feng, dia sedar postingnya itu akan mengundang kecaman ramai.

"Saya tak terkejut sebab saya dah tahu tindakan itu akan mendatangkan kemarahan orang ramai. Cuma saya akui silap bila saya lontarkan kenyataan itu di ruangan umum (Facebook).

ARTIKEL BERKAITAN: Isyarat Nazi graduan di pentas konvo cetus kemarahan, ramai desak universiti ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan protes di pentas selepas terima skrol di majlis konvo, UM buat laporan polis - “Biadab, tidak dapat diterima sama sekali”

"Sepatutnya pendapat yang ekstrem sebegitu saya tak patut kongsi di ruangan umum walaupun ada yang menyokong dan ada yang tak dapat terima," katanya kepada mStar.

Malah Feng berkata kenyataan yang dimuatnaiknya di Facebook hanyalah pendapat peribadinya dan tiada kaitan dengan UMS.

Posting Feng tular di media sosial.

"Sudah tentu saya buat itu bersebab. Tapi posting itu hanyalah pendapat peribadi saya.

"Ia tiada kena mengena dengan UMS. Cuma kebetulan waktu itu saya berada di UMS," katanya.

Jelas graduan Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan itu, dia bagaimanapun terbuka dengan kritikan orang ramai terhadap perbuatannya itu.

"Memandangkan kenyataan itu pendapat peribadi, memang akan dapat kritikan dan kecaman.

Saya tak terkejut sebab saya dah tahu tindakan itu akan mendatangkan kemarahan orang ramai. Cuma saya akui silap bila saya lontarkan kenyataan itu di ruangan umum (Facebook).

FENG

GRADUAN UMS

"Lumrah kita beri pendapat tentu ada yang menyokong dan tidak. Itu saya kena terima kecaman dengan hati terbukalah," katanya.

Ditanya sama ada dia mahu meminta maaf mengenai perbuatannya itu yang dianggap tidak menghormati majlis, Feng bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya dia berkata, sengaja atau tidak perbuatannya itu yang pasti ia dilakukan bagi memerli pihak tertentu.

Gambar paparan skrin Feng menunjukkan isyarat Nazi menjadi tular di Twitter selepas dikongsi seorang netizen.

Reaksi netizen berkaitan perbuatan pemuda itu yang tular di Twitter.

Rata-rata netizen mahu UMS mengambil tindakan terhadap pemuda itu.

UMS menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporatnya pada Selasa berkata mereka akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden serupa tidak berulang lagi.

Malah, UMS menegaskan mereka kecewa dengan insiden itu memandangkan semua graduan sudah diberitahu mengenai protokol dan prosedur mengenai majlis konvokesyen.

Menurut kenyataan media itu lagi, perbuatan itu tidak mencerminkan pandangan universiti kerana ia hanyalah pendapat peribadi graduan tersebut.

"Graduan itu menggunakan peluang untuk berhenti dan membuat isyarat seolah-olah dia melambai ke arah tetamu yang hadir.

"UMS kesal gambar yang dimuatnaik oleh graduan itu di Facebooknya adalah semasa dia berada di atas pentas ketika majlis konvokesyen," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain