KEPUTUSAN kerajaan untuk memansuhkan beberapa jenis elaun termasuk Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) mulai Januari 2020 menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam khususnya bagi yang dilantik bermula tahun hadapan. Sejak pengumuman tersebut dibuat, rata-rata menzahirkan rasa kecewa dan terkilan di laman media sosial masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq selamat jalani pembedahan apendisitis ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada apa yang salah dengan gambar itu” – Dr Amalina jawab ‘serangan’ kononnya Syed Saddiq hanya layak jadi pelakon Tidak terkecuali, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut kecewa dan meluahkan rasa tidak bersetuju dengan keputusan terbaharu itu. Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Twitter rasmi miliknya, menteri muda itu menyifatkan pemansuhan elaun kritikal amat tidak wajar khususnya bagi para doktor dan jururawat muda. Menerusi satu video di Twitter, Syed Saddiq membantah keputusan memansuhkan elaun kritikal bermula Januari 2020 sebagaimana yang diumumkan JPA baru-baru ini. “Saya tidak bersetuju dengan pemotongan elaun kritikal bagi doktor dan jururawat muda kita,” katanya sambil menyifatkan tindakan itu sebagai penganiayaan kepada mereka yang sememangnya sudah bekerja lebih masa dengan gaji yang kurang dari kadar sepatutnya. “Saya tahu perkara ini kerana saya melalui pembedahan apendisitis di hospital kerajaan yang berikan rawatan terbaik kepada semua rakyat Malaysia,” katanya dalam video tersebut. Syed Saddiq dalam masa yang sama turut mencadangkan agar elaun yang diberikan kepada ahli politik dan juga menteri sepertinya dikaji semula. Menteri muda itu turut menyatakan kesediaan untuk memulangkan elaun percutian yang diterimanya, sebagai salah satu penyelesaian agar keputusan pemansuhan elaun kritikal bagi penjawat awam dikembalikan semula. Pelbagai komen yang dilontarkan oleh netizen terhadap pandangan Syed Saddiq. “Sebab itu saya tidak bersetuju dengan pekeliling baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang membawa kesan kepada banyak anak muda dalam sektor kerajaan. “Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang saya terima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya dah kurangkan 10 peratus dari gaji saya. Dan saya akan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini diselesaikan. “Ini berkenaan anak muda dalam sektor kerajaan, kita patut membela mereka, kita tak patut menganaktirikan mereka dan ini adalah tanggungjawab kita bersama,” ujarnya. Sehingga kini video tersebut mencatat lebih 164,000 tontonan, selain meraih melebihi 13,000 kali retweet dan dibanjiri ratusan komen netizen. Rata-ratanya menyatakan sokongan terhadap pendiriannya itu yang dilihat lantang bersuara demi membela nasib golongan muda. “Saya setuju dengan apa YB cakap kerana ibu bapa saya bekerja di sektor perubatan. Besar ye pengorbanan mereka,” tulis seorang pelayar. Ada antara mereka yang memberi pelbagai cadangan dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan. “Turunkan balik umur pencen kepada 55 tahun. Itu cara yang lebih baik untuk kurangkan kakitangan awam, sekali gus mengurangkan perbelanjaan,” komen seorang pelayar. Sebagai permulaan, saya akan memotong pendek cuti tahunan saya, dan akan memulangkan setiap sen duit yang saya terima sebagai ‘holiday’ elaun. Saya dah kurangkan 10 peratus dari gaji saya. Dan saya akan pastikan yang lain akan kurangkan juga sehingga masalah ini diselesaikan. SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN MENTERI BELIA DAN SUKAN Namun dalam masa yang sama, mereka juga meminta menteri itu menyuarakan pandangannya kepada kabinet dan bukan menerusi media sosial agar tindakan berkesan dapat dilaksanakan. Terdahulu, JPA dalam pekelilingnya pada Jumaat lalu mengumumkan bakal memansuhkan lapan jenis elaun bermula tahun hadapan, antaranya Bayaran Insentif Angkat Najis, Bayaran Insentif Menaip Jawi, Elaun Keraian kepada Setiausaha Sulit dan Setiausaha Sulit Kanan, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dan beberapa jenis elaun lagi. Keputusan memansuhkan BIPK itu memberi kesan kepada pekerja kerajaan merentasi 33 Skim Perkhidmatan Kritikal yang dilantik mulai Januari 2020. Bagaimanapun, pegawai kerajaan sekarang (yang sedia ada) akan terus menerima BIPK.