RAGAM anak kecil yang kuat menangis sememangnya menjadi dugaan buat pasangan yang baru berkahwin. Begitulah yang dialami suami isteri ini apabila terpaksa memasang buaian untuk menidurkan anak mereka di dalam kereta yang sedang bergerak. Video di aplikasi TikTok yang meraih lebih 600,000 tontonan itu menunjukkan si bapa di tempat duduk penumpang belakang mengayunkan buaian menggunakan sebelah tangan. ARTIKEL BERKAITAN: Dapat mak ayah kaki hiking, bayi usia 2 tahun dah 5 kali sampai puncak gunung... perlu banyak persediaan termasuklah hafal lagu Itsy Bitsy Spider ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara buat donat cubaan ke-3 menjadi macam air tangan TokMa, tiba-tiba anak pula sentap - "Pernah menangis sebab tak jadi" Si ibu, Nurul Nabilah Norizan berkata, video tersebut sebenarnya merupakan rakaman pada 2019 dan baru dikongsi semula di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular. Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, dia dan suami bersama ibu bapa mentua dalam perjalanan dari Kuala Nerang di Padang Terap, Kedah ke rumahnya di Semenyih, Selangor melalui Lebuhraya Utara Selatan (Plus). View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Video tu saya baru habis berpantang selepas bersalin cahaya mata perempuan sulung pada Ogos 2019. Anak perempuan saya masa tu baru berusia 47 hari, sekarang dah dua tahun. "Suami tak boleh memandu sebab kecederaan kaki akibat kemalangan jalan raya awal tahun, jadi bapa mentua datang jemput dan bawa kami balik ke Selangor," katanya kepada mStar. Bella (belakang, kiri) dan suami (belakang, kanan) bersama ibu bapa mentuanya dalam perjalanan dari Kedah ke Selangor. Lebih mesra disapa Bella, katanya, mereka sebelum itu berhenti di salah satu hentian untuk menunaikan solat dan mendodoikan anak menggunakan buaian di sebuah pondok rehat. "Bila sambung perjalanan, anak terjaga dan menangis. Anak saya menangis tak berhenti sampai mukanya pucat kebiruan. Kami pasang buaian dalam kereta untuk tidurkan dia. Anak kena sawan tangis sepanjang perjalanan, takkan kami tak lakukan sesuatu? Kami dah cuba macam-macam cara tapi masih tak berjalan. Jadi, buaian adalah jalan terbaik NURUL NABILAH NORIZAN "Kami guna tongkat antara tempat duduk belakang dan tempat duduk pemandu untuk gantung kain buaian. Suami ayun tongkat untuk tidurkan anak menggunakan sebelah tangan. "Saya dan bapa mentua pula masing-masing pegang hujung tongkat supaya kedudukannya tidak berubah sepanjang perjalanan," ujarnya yang berasal dari Kuala Nerang. Sempat menidurkan anak di sebuah pondok rehat dekat hentian di lebuh raya. Menurut Bella, pada masa itu mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuh raya berikutan orang ramai pulang ke arah Kuala Lumpur selepas cuti sekolah. "Highway memang sesak. Ingatkan nak berhenti di kawasan R&R (Rehat dan Rawat) seterusnya tapi terpaksa meneruskan perjalanan sebab di R&R pun sesak. "Dengan cuaca hujan lebat lagi. Lebih tiga jam juga anak tidur dalam buaian tu. Saya dan suami bergilir-gilir memastikan kedudukan tongkat tidak berubah," tambahnya. Anak perempuan Bella kini berusia dua tahun. Dalam pada itu, pekerja teknologi maklumat (IT) tersebut menjelaskan bahawa buaian itu merupakan jalan terakhir bagi menangani masalah sawan tangis yang dialami anaknya. "Ada netizen persoalkan kenapa manjakan anak tidur dalam buaian. Sebenarnya masa saya mengandung, kami tak beli pun buaian sehingga dia menangis tak berhenti selepas dilahirkan. "Anak kena sawan tangis sepanjang perjalanan, takkan kami tak lakukan sesuatu? Kami dah cuba macam-macam cara tapi masih tak dapat selesaikan. Jadi, buaian adalah jalan terbaik," ujarnya sambil menegaskan keadaan berlaku di luar kawalan. Bella (duduk) bersama suami dan anak. Bella berkata, suami dan bapa mentuanya mengalami lenguh di sebelah tangan gara-gara memegang kotak berkenaan dengan sebelah tangan terlalu lama. "Sejak sebelum kahwin suami selalu bersenam di gim sehinggalah terbabit dengan kemalangan. Jadi masa ayunkan buaian anak tu ibarat bersenam dalam gim bergerak. "Esoknya kami terus beli tiang beroda untuk mudahkan pemasangan buaian. Anak tidur dalam buaian sampai usianya enam bulan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!