suria

Sekeluarga ceria dapat jamu seafood tabur, tapi ramai salah faham tengok video makan di lantai... rupa-rupanya stok plastik pelapik coklat habis jadi punca!

Video dikongsi Che Noor menerima 4 juta tontonan di TikTok.

LAIN yang dikongsi, lain pula reaksi yang diterima.

Begitulah yang berlaku terhadap suri rumah ini apabila video dia bersama keluarga menikmati hidangan makanan laut popular ala-ala shell out menerima komen kecaman di aplikasi TikTok.

Menurut Norasitah Abdul Kinu, 31, ada sebilangan netizen beranggapan dia sekeluarga makan beralaskan lantai, sedangkan ia sebenarnya dilapik dengan plastik nipis yang jernih.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video memasak guna dielek Kelantan, wanita ini jawab tuduhan sengaja buat suara mengada-ngada - “Orang tak boleh terima saya bercakap manja”

ARTIKEL BERKAITAN: Berkopiah masuk dapur, video masak kerang mampu raih jutaan views... rupa-rupanya ramai suka sebab ustaz muda ni ada ‘selit’ ilmu lain

"Video itu sebenarnya dirakam ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada waktu itu, semua restoran tutup. Kami pula teringin nak makan hidangan itu.

"Saya kongsi video di TikTok kerana nak kosongkan galeri telefon. Sekadar suka-suka upload untuk buat kenangan.

"Tiba-tiba saya tengok video dah viral. Banyak yang komen dan bertanya, kenapa makan atas lantai? Macam-macam kecaman ditulis. Saya jadi lucu baca komen mereka," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Cik Noor, dia akui tak berkecil hati, malah cuba memberi penjelasan kepada individu yang salah sangka dengannya.

cik noor3

Cik Noor dan ahli keluarganya menjamu hidangan itu ketika PKP baru-baru ini.

Kata Cik Noor, dia sekeluarga sememangnya mahu menghidangkan makanan itu di atas plastik pelapik berwarna coklat, namun terpaksa membeli plastik jernih kerana ketiadaan stok.

"Saya tak ambil hati. Mungkin mereka tak nampak. Ada juga yang nampak dan faham. Saya cuba bersangka baik saja dengan semua komen itu.

Jadi fikir dulu sebelum komen. Saya kasihan kepada orang yang komen begitu.

CIK NOOR

"Kami sebenarnya nak guna plastik warna coklat. Tapi dah habis. Terpaksa guna yang jernih. Tak mungkin kami makan atas lantai tanpa alas.

"Gara-gara video viral, followers saya yang 3,000 naik jadi 7,000," ujar Cik Noor berseloroh.

Imbas Cik Noor, selain dia dan suami, acara makan-makan secara kecil-kecilan itu turut disertai adik beradik serta iparnya.

Dalam pada itu, Cik Noor yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah, turut menitipkan pesan kepada orang ramai agar menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen di media sosial.

cik noor 4

Sudah empat tahun mendirikan rumah tangga, Cik Noor mohon doa agar dikurniakan rezeki cahaya mata tak lama lagi.

"Sebelum komen, tengok betul-betul. Jangan kecam terus. Kalau betul makan di lantai, tak mungkin saya akan tunjuk kepada orang.

"Jadi fikir dulu sebelum komen. Saya kasihan kepada orang yang komen begitu. Saya cuba jelaskan, tapi ada yang dah sedar mereka salah, terus mereka padam komen," ujar Cik Noor yang sudah berkahwin sejak empat tahun lalu.

Untuk rekod, video itu sehingga kini sudah meraih 4 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Mengenai dirinya, Cik Noor sebelum ini bekerja sebagai kerani, namun diberhentikan ketika PKP.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain