SUDAH menjadi satu kelaziman apabila menghadiri majlis perkahwinan, para jemputan yang terdiri daripada sanak saudara dan rakan-rakan akan memberikan hadiah bagi meraikan pasangan mempelai. Antara item popular yang sering diberi sebagai hadiah adalah set pinggan mangkuk, cadar, perkakas dapur dan sebagainya. Namun siapa sangka, lelaki ini tampil dengan idea 'luar kotak' ketika menyampaikan hadiah buat rakan karib semasa menghadiri majlis perkahwinannya, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘gabra’ jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - “Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya” ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun kenal satu hadiah pun tak bagi, jejaka ini tunjuk effort tempah ‘bunga pertama’ untuk bakal isteri sebulan sebelum nikah Tidak dibalut kerana saiznya terlalu besar, 'hadiah' berkenaan begitu istimewa sehingga perlu dibawa menggunakan trak Toyota Hilux! Berkongsi cerita dengan mStar, Mohammad Nur Salam Mohamad Kasim mendedahkan idea untuk menjadikan set kerusi dan meja batu (kerusi taman) sebagai hadiah kahwin buat rakan baiknya, Yusri Hafifi, datang secara spontan ketika malam sebelum majlis berlangsung. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya kami kawan rapat dari sekolah menengah. Kami ada grup rakan-rakan yang dahulu sekelas dan masih berhubungan hingga kini. Lebih kurang seramai 30 orang semuanya. "Jadi malam sebelum majlis, saya dan rakan-rakan lain lepak untuk bincang nak beri hadiah apa waktu majlis Yusri. Yusri ni ahli grup pertama yang kahwin. Masing-masing sebut nak bawa tong gas, periuk dan pelbagai lagi. "Kebetulan ada seorang member beritahu dia baru selesai cat kerusi batu. Saya pun spontan terlintas nak beri set kerusi dan meja batu untuknya. Siap minta buatkan ikut ala-ala warna tema baju pengantin iaitu peach dan pink. Antara barang 'rare' yang turut dihadiahkan rakan-rakan pengantin. "Esoknya sebelum konvoi ke rumah pengantin, kami beli hadiah dulu ramai-ramai dekat satu kedai. Waktu tu jugalah hias dengan riben sikit. Selepas itu baru bergerak ke rumah pengantin. Tak jauh pun, kami semua masing-masing sekampung dan dalam daerah Tumpat, Kelantan," ujarnya yang merupakan seorang anggota bomba. Menurut lelaki yang senang disapa sebagai Salam ini, rakan baiknya itu teruja dan ketawa saat melihat hadiah yang 'dipersembahkan' olehnya ketika majlis tersebut. "Bukan dia je tergelak, tetamu majlis pun tumpang sekaki gelak bila tengok hadiah tu. Sajalah saya nak menampilkan kelainan sedikit. Hadiah daripada rakan-rakan rapat yang berupa barangan keperluan rumah. "Sebelum ini dia gurau-gurau kata nak sebuah televisyen 55 inci sebagai hadiah kahwinnya. Tapi lain pula yang dapat, iaitu set kerusi batu seberat 55kg," ujar pemuda berusia 25 tahun ini sambil berseloroh. Bercerita serba ringkas mengenai persahabatannya dengan pengantin lelaki, Salam berkata mereka saling mengenali sejak menuntut di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Kelantan. "Ketika itulah kami rapat dengan dengan rakan sekelas tambahan pula kami sekolah lelaki. Sampai universiti pun masih menuntut di universiti sama, malah kami sama-sama mohon nak masuk bomba. Saya pun spontan terlintas nak beri set kerusi dan meja batu untuknya. Siap minta buatkan ikut ala-ala warna tema baju pengantin. MOHAMMAD NUR SALAM MOHAMAD KASIM "Tapi ketika itu, dia dapat tawaran polis, dan saya dapat tawaran bomba. Sama-sama masuk rekrut tapi dengan pasukan berbeza. Sekarang saya bertugas di Cameron Highlands dan dia pula di Gerik, Perak," ujarnya. Sekadar memuat naik video tersebut untuk diabadikan sebagai kenangan, Salam tidak menyangka ia meraih sehingga hampir 2 juta jumlah tontonan. Sekitar majlis persandingan rakan baik Salam. "Selepas edit dan upload, saya tak tengok dah. Sedar-sedar esoknya dah banyak views. Banyak yang komen lucu. Tapi yang buatkan saya tersentuh, apabila ada yang komen seronok tengok persahabatan kami semua. Macam brotherhood atau adik beradik. "Kalau nak tahu, paling meriah adalah waktu raya. Penat nak berkonvoi ke rumah masing-masing. Satu hari jugalah beraya rumah kawan-kawan. Mujur dekat-dekat semuanya. "Alhamdulillah walaupun semua dah ada haluan masing-masing, kami masih berhubungan sampai sekarang dan harapnya ia berkekalan," akhirinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI