suria

“Dik, apa dekat muka tu?” - Rancangan GF menjadi! Pemuda lari usung bakul selepas sedar bikin pakcik di kedai dobi ‘seram’

Jai terlupa dia sedang memakai masker ketika mahu mencuci pakaian.

TERLUPA punya pasal, lelaki ini terpaksa tanggung malu!

Begitulah yang terjadi kepada Muhammad Zairul Affan Izhar, 26, ketika memasuki kedai dobi sambil memakai masker muka (mask).

Ketika dihubungi mStar, pemuda ini menceritakan semula kisah mencuit hati itu yang sempat dirakam teman wanitanya, Adriana Suraya Sazali, 23.

"Saya pergi dobi masa tu dengan girlfriend. Ikut rancangan asal dia seorang saja yang turun mendobi sebab saya pakai mask.

"Sampai dekat dobi, dia minta saya pula tolong. Masa tu saya dah terlupa tengah pakai mask, jadi dengan yakinnya saya turun kereta.

"Dia pula memang sengaja suruh saya turun dalam keadaan pakai mask tu sebab nak rakam," ujarnya.

Dia yang senang disapa Jai berkata, tekstur masker di wajah yang nipis dan 'ringan' membuatkan dia sendiri terlupa tentangnya.

"Sebelum pergi dobi, famili Adriana ada buat makan-makan. Selesai majlis, dia paksa saya pakai mask. Lebih kurang 40 minit juga.

"Masa pakai tu memang tak rasa apa-apa dekat muka sebab tu tak perasan... dah lama sangat kat muka," katanya sambil menambah dobi itu terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak kacak tapi malas cuci muka... Ayuh cuba 3 langkah mudah jaga kulit wajah

ARTIKEL BERKAITAN: “Tutuplah mata tu tak payah pandang” - Disuruh jaga muka penuh jerawat, gadis akui menangis sebelum rakam video tapi tetap tenang jawab komen tak sensitif

Jai berkata, perkara itu hanya disedarinya setelah ditegur oleh seorang pelanggan lain di kedai dobi yang juga mahu mencuci pakaian.

"Ada seorang pakcik tu tanya saya mesin basuh pakai token ke syiling. Saya tak sempat jawab lagi pakcik tu tegur dik, apa dekat muka tu?" cerita Jai.

Dia kemudian melulu berlari semula keluar dari kedai dobi sambil membawa bakul menuju ke kereta.

Gelagatnya ini menjadi perhatian netizen sehingga video tersebut mendapat lebih 800,000 jumlah tontonan.

Jai memakai masker apabila disuruh oleh teman wanitanya.

"Saya pun terpinga-pinga selepas pakcik tanya. Bila sedar pasal masker tu... saya tak fikir panjang terus lari masuk kereta bawa bakul sebab bukan dia seorang dekat dobi tapi ramai lagi di bahagian dalam.

"Saya cuci guna tisu basah saja masa dalam kereta. Saya pakai pun dah 40 minit masa tu. Memang tak berhenti gelak dengan rasa malunya lagi," katanya.

Jai yang bekerja sebagai akauntan turut menceritakan mengenai dirinya yang dahulunya berkulit gelap tetapi kini bertukar lebih cerah.

Saya cuci guna tisu basah saja masa dalam kereta. Saya pakai pun dah 40 minit masa tu. Memang tak berhenti gelak dengan rasa malunya lagi.

MUHAMMAD ZAIRUL AFFAN

Jai berkata dia menjadikan aspek pengurusan diri sebagai rutin harian supaya dirinya berasa lebih yakin.

"Saya jarang pakai mask. Kadang-kadang tu sebulan sekali saja itu pun selepas kena paksa dengan girlfriend. Cuma sekarang saya lebih menjaga kulit sebab jenis sensitif.

"Dulu saya teramat gelap sebab aktif sukan tapi sekarang syukur kulit dah sihat. Saya tak ada rahsia cuma saya rajinkan diri pakai cleanser dan scrub bersesuaian dengan kulit. Janji dapat bersihkan daripada kotoran.

"Bagi saya, lelaki dan perempuan memang kena jaga kulit. Penampilan kena jaga untuk naikkan keyakinan diri. Tapi untuk sesiapa yang lahir-lahir terus 'helok' (elok), confident level pun tinggi, tak penting baginya untuk jaga kulit. Biarlah tak handsome atau cantik, tapi self appearance kena jaga," ujarnya lagi.

Jai bersamanya kekasihnya, Adriana.

Menerusi video tular, netizen juga kagum melihat Jai yang sempat menitipkan pesan demi menjaga keselamatan kekasihnya sebelum masuk ke kedai dobi.

"Saya memang selalu pesan dekat sesiapa saja naik kereta dengan saya. Kalau nak keluar pergi kedai atau berada di stesen minyak, saya akan pesan suruh kunci pintu.

"Perkara itu sudah jadi kebiasaan saya. Lagipun saya memang risau dengan keadaan sekeliling. Bahaya ada di mana-mana. Macam-macam boleh jadi," ujar Jai lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain