HARUAN makan anak! Mendengar perumpamaan ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita marah dan sesak dada. Bayangkan jika mengalaminya sendiri! Bapa yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga menjadi manusia paling durjana dan bahaya kepada anak. Pada zaman ini, banyak kisah anak gadis yang menjadi mangsa nafsu ganas bapa dengan kes rogol, cabul amang seksual dan sebagainya seing dikongsi di media sosial atau laporan media. Turut berkongsi cerita, seorang anggota badan beruniform, Zara Zayne, yang berpengalaman menerima laporan jenayah sama. ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas cium pipi, kawan ayah cuba buka seluar! Gadis sempat rakam aksi lelaki durjana, paksa buat ‘projek’ dalam kereta ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian raba wanita di Cyberjaya... pakar kongsi hak perundangan mangsa gangguan seksual perlu tahu Berdasarkan perkongsiannya, seorang remaja perempuan yang diberi nama samaran Seri, mengadu kepada kakaknya mengenai kisah hitam yang dialami ketika berada di bawah jagaan bapa kandungnya. "Bukan nak menyebarkan aib tapi realiti yang terjadi. Waktu tu kami terima laporan dari balai luar kawasan. Dalam laporan tu dia (kakak mangsa) cerita dia telah terima WhastApp, daripada seorang lelaki yang merupakan pekerja kantin di sekolah asrama adiknya bersekolah. "Seri minta tolong dekat pekerja kantin sekolahnya. Seri minta telefon (pinjam) untuk hubungi kakak dia. Seri menceritakan sesuatu kepada kakak dia. Waktu cuti panjang sekolah, ayah kandung dia mula raba bahagian luar anak," kata wanita dipercayai anggota polis itu. Tidak cukup meraba bahagian luar badan, lelaki terbabit yang dikuasai hawa nafsu didakwa melakukan lebih daripada itu kepada anak kandungnya sendiri ketika ibu tirinya tiada di rumah. Kisah rogol atau cabul kanak-kanak semakin berleluasa pada masa kini. -Gambar hiasan Ketika menghantar Seri pulang ke sekolah berasrama penuh (SBP), dia sekali lagi melakukannya malah turut memberi 'peringatan' kepada anaknya itu. "Lama-kelamaan pada cuti sekolah makin menjadi-jadi. Akhir sekali ayah dia masukkan tangan dalam seluar anaknya. Waktu tu hampir-hampir nak merogol tetapi tak berjaya sebab mak tiri mereka balik dari tempat kerja. "Lepas tu ayah dia hantar Seri ni nak balik asrama penuh. Dekat dalam kereta ayah dia buat benda sama. Ayah dia raba mangsa pada seluruh tubuh sampai ke dalam kain. "Bayangkan waktu dalam kereta nak hantar anak pergi asrama, waktu nak balik dia cakap apa dekat anak dia? Nanti balik cuti, ada hutang yang kau kena bayar," ujarnya dalam video dimuat naik di TikTok. Lebih menyedihkan apabila mangsa berusia 14 tahun itu tidak mampu melawan dan terpaksa akur saja perbuatan terkutuk si bapa. Adik jangan takut kalau benda tu terjadi bagitahu kawan-kawan dan cikgu. Lapor pada polis. Jangan biarkan diri anda jadi mangsa. ZARA ZAYNE Kisah tersebut diluahkan kepada kakaknya menerusi WhatsApp disebabkan cuti sekolah seterusnya hampir bermula. Soal siasat polis mendapati si kakak juga mengalami perkara serupa ketika usianya sama dengan Seri dulu. Tidak tahan menanggung derita, dia dan adik keduanya nekad lari rumah membawa haluan sendiri meninggalkan Seri dan seorang lagi adiknya. Si bapa nampaknya langsung tidak serik dengan apa berlaku malah menjadikan Seri yang merupakan anak ketiga pula sebagai tempat melampiaskan nafsunya. Menurut anggota polis berkenaan, walaupun masih mempunyai ibu kandung, namun si bapa berjaya mendapatkan hak penjagaan terhadap anaknya kerana ibu kandung mereka telah berkahwin baharu. "Mak dia ada tapi dah kahwin baharu. Mahkamah menjatuhkan hak penjagaan pada bapa. Hak penjagaan ini dapat dekat bapa kandung sebab mak dia dah kahwin lain. Ada lelaki yang bukan mahram tinggal dengan ibunya," jelasnya. Seorang kanak-kanak pastinya hidup dalam keadaan trauma setelah menjadi mangsa seks. -Gambar hiasan Daripada kisah ini, Zara berpesan kepada penjaga di luar sana agar berusaha mendidik anak-anak tentang ilmu sentuhan selamat. "Anda semua pun kena ajarlah anak-anak sendiri atau anak saudara ke, seawal usia darjah lima dan enam di mana bahagian (tubuh) orang lain tak boleh sentuh supaya mereka boleh faham apa itu rogol dan cabul. "Jadi mereka boleh faham benda salah dan tak betul supaya mereka tak tanggung derita sampai lima hingga enam tahun kena duduk serumah dengan 'binatang' macam tu. "Polis ada, undang-undang ada. Adik jangan takut kalau benda tu terjadi bagitahu kawan-kawan dan cikgu. Lapor pada polis. Jangan biarkan diri anda jadi mangsa. Tolonglah," ujarnya penuh emosi. Hantaran tersebut meraih lebih 400,000 jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok. Rata-ratanya bersetuju dengan pesanan dan nasihat dibuat wanita ini malah ada juga yang bimbang sekiranya adik-adik mereka mengalami nasib sama seperti kes ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube